Wednesday, November 18, 2009







TARIKH :18 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA :12.00 – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT :PID BUKIT GOH
AKTIVITI :MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PEMENANG DST
KETERANGAN AKTIVITI
1.Sijil GEW diberikan kepada semua peserta yang terlibat sepanjang aktiviti dijalankan di PID Bukit Goh.





TARIKH :18 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA :10.00 –1 1.30 TENGAHARI
TEMPAT :PID BUKIT GOH
AKTIVITI:PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING (DST)
KETERANGAN AKTIVITI
1.Para peserta diberi peluang untuk menghasilkan DST mereka sendiri dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri.
2.Peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Para peserta juga begitu bersemangat untuk menghasilkan DST yang terbaik.
3.Hadiah disediakan untuk semua peserta yang mengambil bahagian.




TARIKH :12 NOVEMBER 2009 (SELASA)
MASA :2.00 – 4.00 PETANG
TEMPAT :PID BUKIT GOH
AKTIVITI :TAKLIMAT SKOR A OLEH EN.WAN ZAKARIA BIN WAN MAJID
KETERANGAN AKTIVITI
1.Menjemput En Wan Zakaria b. Wan Majid untuk menerangkan dengan terperinci berkenaan pendidikan melalui Portal ‘Skor A’.
2.Selain itu, En Wan juga menerangkan cara untuk menjadi usahawan melalui Portal Skor A ini kepada semua peserta yang hadir.


TARIKH :17 NOVEMBER 2009 (SELASA)
MASA :9.30 – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT :PID BUKIT GOH
AKTIVITI:TAKLIMAT PORTAL myEG
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus memperkenalkan portal myEG kepada peserta GEW.
2.Mengedarkan brosure myEG kepada peserta program.
3.Memberi peluang kepada peserta untuk mendaftar kerja melalui Portal myEG seperti portal ELX dan SPA.




TARIKH :16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)
MASA :11.00 – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT :PID BUKIT GOH
AKTIVITI:BENGKEL BLOG
KETERANGAN AKTIVITI
1.Sebelum menghasilkan blog peserta perlu membuka akaun gmail terlebih dahulu.
2.Peserta juga diberi tunjuk ajar sepenuhnya dalam menghasilkan blog mereka sendiri.


TARIKH :16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)
MASA :9.30 – 10.30 PAGI
TEMPAT :PID BUKIT GOH
AKTIVITI :PENGENALAN BLOG USAHAWAN
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus memberi penerangan berkenaan blog usahawan serta faedah dan kegunaan blog tersebut kepada para usahawan.
2.Melalui blog para usahawan boleh:
-Promosikan atau iklankan produk dengan lebih berkesan
-Dapat membuat hubungan perniagaan dengan usahawan yang sedia ada
-Mewujudkan persaingan yang sihat dalam menghasilkan produk yang lebih bermutu
-Merupakan transformasi promosi produk dengan lebih cepat serta tanpa mengeluarkan kos berbanding cara promosikan produk yang sedia ada seperti brosure, flyers dan catalog.
3.Para peserta juga didedahkan dengan blog-blog usahawan yang sedia ada dalam talian internet.



TARIKH :12 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)
MASA :11.00 – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT :PID BUKIT GOH
AKTIVITI:BENGKEL DIGITAL STORY TELLING (DST)
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus dan Penolong Pengurus PID Bukit Goh bersama-sama membantu para peserta program untuk hasilkan DST mereka sendiri.
2.Kebanyakan para peserta begitu teruja untuk cuba hasilkan DST mereka dengan gaya dan kreativiti mereka sendiri.
3.Pengurusan PID sentiasa memberi tunjuk ajar sehingga mereka berjaya hasilkan sendiri DST mereka.
4.Di akhir aktiviti Pengurus menunjukkan hasil kesemua DST yang dihasilkan oleh peserta kepada peserta yang terlibat pada hari tersebut.



TARIKH : 12 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)
MASA : 9.30 – 10.30 PAGI
TEMPAT : PID BUKIT GOH
AKTIVITI : PENGENALAN DIGITAL STORY TELLING (DST)
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus menerangkan kegunaan dan kepentingan Digital Story Telling (DST) kepada para usahawan baru.
2.Pengurus menunjukkan contoh-contoh DST yang boleh dikomersialkan bagi membantu mempromosi dan mengiklankan produk tempatan.
3.Pengurus menegaskan untuk hasilkan DST yang baik harus memiliki jalan penceritaan yang ringkas, berkonsepkan analisis, mengandungi elemen-elemen human interest dan human touch. Tujuannya adalah untuk meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton dan pendengar.
4.Selain itu, DST yang dihasilkan juga adalah untuk menyampaikan informasi serta sesuatu peristiwa dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung, penonton dan pendengar dapat berkongsi pengalaman serta kemahiran yang ada pada orang yang menghasilkan DST tersebut.
5.Para peserta dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh.



TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA : 11.00 – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : PID BUKIT GOH
AKTIVITI: PENGENALAN WEB 2.0
KETERANGAN AKTIVITI
1.Perkenalkan kepada semua peserta apa itu WEB 2.0, kegunaan dan faedahnya kepada usahawan, serta komuniti setempat.
•Terangkan bahawa Web 2.0 ini merupakan satu tren yang membolehkan:
•Ekspresi kreativiti
•Perkongsian maklumat
•Kolaborasi antara pengguna berlaku dalam internet
•Bukan hanya teknologi tetapi lebih merupakan kepada perubahan gaya penggunaan internet.
•Peluang dalam Web 2.0 yang boleh dimanfaatkan oleh peserta adalah:
- Berkongsi maklumat
- Melebarkan rangkaian usahawan dan usahawan
- Menerima informasi dengan lebih cepat
- Global Promotion. Promosi produk dan perkhidmatan
- Menjana pendapatan
- Boleh melihat gambar aktiviti semasa
- Boleh mengetahui perkembangan komuniti
- Merapatkan komuniti dengan internet
2.Pengurus menunjukkan cara untuk membuka akaun facebook, friendster, youtube, flikr dan blog.Para peserta diberi tunjuk ajar yang lebih terperinci oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh dalam membuka akaun-akaun tersebut.
3.Program ditangguhkan dan diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh pada hari berikutnya.

TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA : 9.30-10.30 PAGI
TEMPAT : PID BUKIT GOH
AKTIVITI: SESI SUAI KENAL
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus PID Bukit Goh menerangkan sedikit sebanyak apa itu Minggu Keusahawanan Sedunia (GEW) 2009 yang akan disambut pada 16 hingga 22 November ini. Selain itu, Pengurus PID juga menerangkan objektif serta tema minggu tersebut diadakan.

2.Seterusnya, peserta program diberikan taklimat berkenaan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Keusahawanan Sedunia tersebut di Pusat Internet Desa Bukit Goh.

3.Kesempatan itu juga diambil oleh Pengurus PID Bukit Goh untuk mempromosikan Kelab Usahawan Sosial (KUS) yang telah PID Bukit Goh tubuhkan kepada ahli baru. Pengurus PID Bukit Goh sekali lagi memberikan penerangan berkenaan kebaikan dan faedah yang akan mereka terima sekiranya menjadi ahli KUSPID Bukit Goh .

4.Dalam sesi suai kenal ini juga Pengurus PID Bukit Goh telah perkenalkan Portal PID kepada semua peserta. Para peserta didedakan dengan potlet-potlet yang terdapat dalam portal serta kandungan-kandungan portal yang boleh dimanfaatkan oleh peserta program.

5.Para peserta dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh.

Sunday, November 15, 2009

SELAMAT DATANG KE MINGGU USAHAWAN SEDUNIA 16 HINGGA 22 NOVEMBER 2009

Friday, November 6, 2009

KELAB USAHAWAN SOSIAL PID BUKIT GOH

Ditubuhkan pada 14 Julai 2008 di PID Bukit Goh

AHLI KELAB TERDIRI DARIPADA 3 KATEGORI

AHLI KELAB YURAN/TAHUN

JUNIOR (13-19 THN) RM 10.00
SENIOR (20-50 THN) RM 20.00
USAHAWAN RM 30.00

AKTIVITI KELAB KUS YANG TELAH DIJALANKAN

- Pada 4 Julai 2008 Mesyuarat KUSPID Bukit Goh dijalankan bagi melantik AJK KUS.

- Mengubahsuai PID untuk adakan suatu ruang khas bagi tujuan promosikan produk-
produk usahawan yang terdiri daripada Ahli KUS.

- Menjalankan aktiviti bersama ahli KUS dengan memberikan pelbagai faedah-faedah
dan kemudahan yang terdapat di PID

Antara faedah-faedah yang diberikan kepada setiap ahli KUS adalah:

* Miliki kad keahlian selama setahun
* Potongan harga bagi setiap perkhidmatan di PID
* Berpeluang menjana pendapatan sampingan.
* Berpeluang mempromosikan produk/barangan usahawan melalui PID
* Dapat mengeratkan silaturrahim antara pengguna PID dengan ahli KUS


RANCANGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA OLEH AHLI KUS


1. KURSUS KOMPUTER

- Mengenal komponen PC (luar dan dalam)
- Pemasangan komponen PC
- Format PC
- Microsoft Office :Word,Excel, Powerpoint
- Design : Photoshop & Illustrator
- Website : Dreamweaver, fireworks, Flash

2. BLOG AHLI KUS
- Mengadakan platform Blog untuk ahli kelab bagi meluahkan pendapat, meluaskan
jaringan social dan untuk berkongsi pengalaman sepanjang menjadi ahli KUS


3. MEMBANTU PROMOSIKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN
Menyediakan platform jual beli / promosi/pengiklanan para usahawan melalui internet

4. MENGANJURKAN KURSUS KEUSAHAWANAN
- Penternakan (Benih ikan keli, cacing, ikan talapia, belut)
- Pertanian
- IT
- Peruncitan


RAKAN USAHASAMA KUS PID BUKIT GOH

1. EN.HAMIRUDDIN BIN YUSOF
PENGUSAHA POS PETER BUKIT GOH,
26050 KUANTAN, PAHANG

- Membenarkan KUS menjalankan PID Bukit Goh Malam, untuk menjana
pendapatan bagi jalankan aktiviti KUS.
- Berminat untuk menyumbangkan modal bagi mengembangkan bisnes PID Malam


2. MENJALANKAN USAHASAMA DENGAN BADAN-BADAN NGO, FELDA DAN PENEROKA.

- JKKK Kg Bukit Goh
- GDW
- Kemas
- Persatuan Belia Bukit Goh