Wednesday, November 18, 2009


TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA : 9.30-10.30 PAGI
TEMPAT : PID BUKIT GOH
AKTIVITI: SESI SUAI KENAL
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus PID Bukit Goh menerangkan sedikit sebanyak apa itu Minggu Keusahawanan Sedunia (GEW) 2009 yang akan disambut pada 16 hingga 22 November ini. Selain itu, Pengurus PID juga menerangkan objektif serta tema minggu tersebut diadakan.

2.Seterusnya, peserta program diberikan taklimat berkenaan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Keusahawanan Sedunia tersebut di Pusat Internet Desa Bukit Goh.

3.Kesempatan itu juga diambil oleh Pengurus PID Bukit Goh untuk mempromosikan Kelab Usahawan Sosial (KUS) yang telah PID Bukit Goh tubuhkan kepada ahli baru. Pengurus PID Bukit Goh sekali lagi memberikan penerangan berkenaan kebaikan dan faedah yang akan mereka terima sekiranya menjadi ahli KUSPID Bukit Goh .

4.Dalam sesi suai kenal ini juga Pengurus PID Bukit Goh telah perkenalkan Portal PID kepada semua peserta. Para peserta didedakan dengan potlet-potlet yang terdapat dalam portal serta kandungan-kandungan portal yang boleh dimanfaatkan oleh peserta program.

5.Para peserta dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh.

No comments:

Post a Comment