Wednesday, November 18, 2009




TARIKH : 12 NOVEMBER 2009 (KHAMIS)
MASA : 9.30 – 10.30 PAGI
TEMPAT : PID BUKIT GOH
AKTIVITI : PENGENALAN DIGITAL STORY TELLING (DST)
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus menerangkan kegunaan dan kepentingan Digital Story Telling (DST) kepada para usahawan baru.
2.Pengurus menunjukkan contoh-contoh DST yang boleh dikomersialkan bagi membantu mempromosi dan mengiklankan produk tempatan.
3.Pengurus menegaskan untuk hasilkan DST yang baik harus memiliki jalan penceritaan yang ringkas, berkonsepkan analisis, mengandungi elemen-elemen human interest dan human touch. Tujuannya adalah untuk meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton dan pendengar.
4.Selain itu, DST yang dihasilkan juga adalah untuk menyampaikan informasi serta sesuatu peristiwa dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung, penonton dan pendengar dapat berkongsi pengalaman serta kemahiran yang ada pada orang yang menghasilkan DST tersebut.
5.Para peserta dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh.



TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA : 11.00 – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : PID BUKIT GOH
AKTIVITI: PENGENALAN WEB 2.0
KETERANGAN AKTIVITI
1.Perkenalkan kepada semua peserta apa itu WEB 2.0, kegunaan dan faedahnya kepada usahawan, serta komuniti setempat.
•Terangkan bahawa Web 2.0 ini merupakan satu tren yang membolehkan:
•Ekspresi kreativiti
•Perkongsian maklumat
•Kolaborasi antara pengguna berlaku dalam internet
•Bukan hanya teknologi tetapi lebih merupakan kepada perubahan gaya penggunaan internet.
•Peluang dalam Web 2.0 yang boleh dimanfaatkan oleh peserta adalah:
- Berkongsi maklumat
- Melebarkan rangkaian usahawan dan usahawan
- Menerima informasi dengan lebih cepat
- Global Promotion. Promosi produk dan perkhidmatan
- Menjana pendapatan
- Boleh melihat gambar aktiviti semasa
- Boleh mengetahui perkembangan komuniti
- Merapatkan komuniti dengan internet
2.Pengurus menunjukkan cara untuk membuka akaun facebook, friendster, youtube, flikr dan blog.Para peserta diberi tunjuk ajar yang lebih terperinci oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh dalam membuka akaun-akaun tersebut.
3.Program ditangguhkan dan diteruskan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh pada hari berikutnya.

TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA : 9.30-10.30 PAGI
TEMPAT : PID BUKIT GOH
AKTIVITI: SESI SUAI KENAL
KETERANGAN AKTIVITI
1.Pengurus PID Bukit Goh menerangkan sedikit sebanyak apa itu Minggu Keusahawanan Sedunia (GEW) 2009 yang akan disambut pada 16 hingga 22 November ini. Selain itu, Pengurus PID juga menerangkan objektif serta tema minggu tersebut diadakan.

2.Seterusnya, peserta program diberikan taklimat berkenaan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Keusahawanan Sedunia tersebut di Pusat Internet Desa Bukit Goh.

3.Kesempatan itu juga diambil oleh Pengurus PID Bukit Goh untuk mempromosikan Kelab Usahawan Sosial (KUS) yang telah PID Bukit Goh tubuhkan kepada ahli baru. Pengurus PID Bukit Goh sekali lagi memberikan penerangan berkenaan kebaikan dan faedah yang akan mereka terima sekiranya menjadi ahli KUSPID Bukit Goh .

4.Dalam sesi suai kenal ini juga Pengurus PID Bukit Goh telah perkenalkan Portal PID kepada semua peserta. Para peserta didedakan dengan potlet-potlet yang terdapat dalam portal serta kandungan-kandungan portal yang boleh dimanfaatkan oleh peserta program.

5.Para peserta dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengurusan PID Bukit Goh.

Sunday, November 15, 2009

SELAMAT DATANG KE MINGGU USAHAWAN SEDUNIA 16 HINGGA 22 NOVEMBER 2009

Friday, November 6, 2009

KELAB USAHAWAN SOSIAL PID BUKIT GOH

Ditubuhkan pada 14 Julai 2008 di PID Bukit Goh

AHLI KELAB TERDIRI DARIPADA 3 KATEGORI

AHLI KELAB YURAN/TAHUN

JUNIOR (13-19 THN) RM 10.00
SENIOR (20-50 THN) RM 20.00
USAHAWAN RM 30.00

AKTIVITI KELAB KUS YANG TELAH DIJALANKAN

- Pada 4 Julai 2008 Mesyuarat KUSPID Bukit Goh dijalankan bagi melantik AJK KUS.

- Mengubahsuai PID untuk adakan suatu ruang khas bagi tujuan promosikan produk-
produk usahawan yang terdiri daripada Ahli KUS.

- Menjalankan aktiviti bersama ahli KUS dengan memberikan pelbagai faedah-faedah
dan kemudahan yang terdapat di PID

Antara faedah-faedah yang diberikan kepada setiap ahli KUS adalah:

* Miliki kad keahlian selama setahun
* Potongan harga bagi setiap perkhidmatan di PID
* Berpeluang menjana pendapatan sampingan.
* Berpeluang mempromosikan produk/barangan usahawan melalui PID
* Dapat mengeratkan silaturrahim antara pengguna PID dengan ahli KUS


RANCANGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA OLEH AHLI KUS


1. KURSUS KOMPUTER

- Mengenal komponen PC (luar dan dalam)
- Pemasangan komponen PC
- Format PC
- Microsoft Office :Word,Excel, Powerpoint
- Design : Photoshop & Illustrator
- Website : Dreamweaver, fireworks, Flash

2. BLOG AHLI KUS
- Mengadakan platform Blog untuk ahli kelab bagi meluahkan pendapat, meluaskan
jaringan social dan untuk berkongsi pengalaman sepanjang menjadi ahli KUS


3. MEMBANTU PROMOSIKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN
Menyediakan platform jual beli / promosi/pengiklanan para usahawan melalui internet

4. MENGANJURKAN KURSUS KEUSAHAWANAN
- Penternakan (Benih ikan keli, cacing, ikan talapia, belut)
- Pertanian
- IT
- Peruncitan


RAKAN USAHASAMA KUS PID BUKIT GOH

1. EN.HAMIRUDDIN BIN YUSOF
PENGUSAHA POS PETER BUKIT GOH,
26050 KUANTAN, PAHANG

- Membenarkan KUS menjalankan PID Bukit Goh Malam, untuk menjana
pendapatan bagi jalankan aktiviti KUS.
- Berminat untuk menyumbangkan modal bagi mengembangkan bisnes PID Malam


2. MENJALANKAN USAHASAMA DENGAN BADAN-BADAN NGO, FELDA DAN PENEROKA.

- JKKK Kg Bukit Goh
- GDW
- Kemas
- Persatuan Belia Bukit Goh